Assalamualaikum,
Merujuk kepada kepala tajuk ianya merujuk kepada mengembalikan tenaga kepada keliatan air.
Proses ini digunakan untuk menurunkan kadar keliatan air iaitu "hardness" dalam kandungan air. Kaedah ini adalah salah satu cara merawat air semulajadi yang digali dari bawah tanah. Proses awal telah dilakukan daripada kilang rawatan yang bersebelahan dari kilang ini.
Untuk bahagian saya hanya perlu melakukan proses sokongan untuk mengawal keliatan air untuk dibekalkan kepada produksi dan bahagian jabatan yang lain.
Proses ini tidak begitu rumit hanya beberapa bahan dan peralatan. Dibawah menunjukan bahan serta peralatan yang diperlukan:
1.0 PDV salt(garam)
2.0 Air
3.0 mesin pembancuh
4.0 tangki PP 1.5 tan.
Formula untuk tangki 30MT ialah:
400kg pdv salt + 1.3 ~ 1.4 tan air = proses regenarasi.
Setelah siap disediakan dengan tekanan yang terkandung didalam tangki tersebut mampu untuk menyedut masuk formulasi tersebut. Proses ini mengambil masa dalam masa 30 minit ke 1 jam bergantung kepada kadar tekanan vakum didalam tangki tersebut.
Untuk mendapat hasil, hardness tablet diuji bersama 100ml air yang telah diregenerasi tadi. Keliatan air tersebut mesti sifar (0).
Sekian. Jazakumullahu khaira.
Alhamdulillah berjaya!
md.habza
Masjid Al-Muhtadin, Bidor
Jam 1356